beauty secret from the bEAST

JAPPPP! sebelum apa apa, sila abaikan tajuk di atas. =.='
terima kasih.

hm. tadi tengah bosan bosan. tak tahu nak buat apa. so, i've decided to selongkar barang barang dalam bilik. bijak bijakkk. *tersenyum bangga* 

okay, nana just nak share je, barang barang apa yang nana guna hari hari if nak keluar pergi mana mana. ehem. untuk melawa? untuk menggedik? untuk perasan lawa? oh tidak. jauh sekali. untuk kepuasan diri sahaja. :)

sebelum ni, kawan kawan semua yang pernah nampak beg-besar-gumok-yang-memang-dah-tak-muat-nak-letak-barang-tapi-nak-letak-jugak tu CONFIRM terkejut. "NANA! banyak gila barang kau! letak apa dalam tu?!"

meh nak bagitahu. :)

1. Compact Powder

nana guna compact powder Silkygirl lah usually. kenapa? maybe sebab dah biasa kot. dari zaman muda mudi lagi dah start guna. bila ada mood nak tukar baru beli baru. ehem. ini pun sampai 3, tunggu lagi 10 tahun baru beli baru. 

2. Eyeshadow

actually, sekarang dah tak pakai dah eyeshadow. if pakai pun, kadang kadang je. untuk pergi majlis rasmi or kenduri kahwin or tiba tiba mood menggedik datang. sebab utama? mak tak bagi pakai. dan sebagai anak yang baik, ikut je lah apa mak kata. yang kat atas tu dari Silkygirl & Elianto.

3. Mascara

mascara ini boleh didapati di kedai Elianto berdekatan anda. cantik mascara ni. serious. buat mata jadi sangat galak dan konon lawa. eh. mata korang memang dah lawa kan. memang puas hati dengan mascara yang ni, sebab tu ada satu je. if tak, ehem. kalau tak dua tiga, lima enam ada dalam koleksi sekarang. 

4. Blusher

untuk blusher, nana guna Loreal & Silkygirl. yang still berbalut dengan plastik lagi tu, hee yang tu baru beli semalam. tak bukak lagi. tapi serious cantik, masa testing dekat kedai The Face Shop. yang paling nana suka guna, yang Loreal tu. the one yang bentuk bulat. yepp.

5. Eyeliner, Eyelights & Eyebrow Pencil

okay, untuk eyeliner memang saja beli banyak banyak. sebab, kadang kadang bila mood pelik pelik sikit datang, teringin nak pakai colour lain dari yang biasa. eyeliner yang nana selalu guna, Nutrimetics, Maybelline, In2it & Elianto. untuk eyelights, saja saja dulu beli Silkygirl Funky Eyelights Pencil. sampai 2. saja sajaaa. haha. untuk eyebrow pencil, ada satu je. dari Nutrimetics. sebab baru try pakai. tapi tak guna sangat pun. sebab kening dah memang tak lawa. haha.

6. Foundation
(abaikan brush kat tepi tu. semangat baru beli semalam =.=')
nana guna Silkygirl Silky White Lightening Liquid Foundation - Natural. tapi ini pun tak selalu pakai. sebab malas nak pakai foundation. bila rasa rajin terlebih, baru pakai. if tak, tak lah. heh.

7. Lip Palette & Make-up Kit

oh. yang ini nana guna masa dulu duluuuuuu. zaman mula mula ingin mencuba. HAHA! lip palette tu pun mak yang bagi, tapi tak pakai pun. sebab tak berapa suka. oops! eheh. tapi, simpan jugak. yang make-up kit tu, memang semua benda lengkap dah ada dalam tu: blusher, eyeliner, lipliner, eyeshadow & etc. okay la jugak. tapi sekarang dah ada benda benda alah yang lain, memang tak pakai dah lah. hee.

8. Lipgloss

YAY! MY FAVORITE! hee. tengoklah betapa sikitnya banyaknya koleksi lipglossku. mwahaha. untuk pengetahun satu dunia, lipgloss ialah kegilaan anak uncle selimin ye. sila jangan bagi budak ni nampak lipgloss lawa lawa dekat kedai, confirm dia pergi try. kononnya lah try. lepas tu, keluar kedai, satu plastik beg dengan lipgloss di tangan sambil sengih besar besar. haih. T_T

tapi tapi, antara banyak banyak lipgloss yang ada tu, antara favorite nana yang kat atas ni lah. semua tu ada dari Elianto & Silkygirl. ehem. believe it or not, lipgloss Elianto, nana dah ada MOSTLY semuanya. HAHAHAH! tinggal berapa ketul je yang tak beli lagi. itupun, punyalah tahan diri daripada beli. penat orang yang teman shopping tarik keluar kedai. eheh.

err. okayy tu je kot. :)
Alhamdulillah, puas hati lah dengan barang barang yang dah beli ni semua. nana jenis yang, suka beli barang banyak, sebagai backup if dah habis, or if bosan kee. elehh. padahal cakap je lah tak tahan godaan! =.='

korang pun bagitau jugaklah apa barang barang yang korang guna. 
and kenapa? okay okayy? nak jugak tau. 
boleh beli tengok dekat kedai lagi. HEE.

6 comments

MiSs aNySs said...

peminat setia silky gurl yeah. i dlu ska silky gurl. msa zmn form 2-3 tp since brg dia ska pecah. jatoh sket dh pecah segala podwer eye shadow suma. so until now tak pkai dh. merajok sudah!

miraDarla said...

huhu..da lame x tgk brg2 ni pas zmn mtrx :(

Nana said...

anyss: oh really? haha. i sukaa. sbb brg dia comel :)
u guna apa ja then?

mira: HAHAH! dulu selalu sgt nmpk. xD

aya said...

byknye..nk kene bli beg balik kampung ni.. ;]

Nana said...

haha. dah ada dah email :P

Anonymous said...

Many thanks for posting this, It?s just what I was researching for on bing. I?d rather a lot comparatively hear opinions from a person, barely than an organization internet page, that?s why I like blogs so significantly. Many thanks!