baby baru? kereta!

abah outstation lagi. kali ini ke Alor Star, Kedah pulak. meeting sana sini abah tu. =.=' 
takpee. boleh joli katak. HEE!
_________________

petang tadi saya dah tengok dah Proton Saga Face Lift (FL) dekat showroom Proton. WOOT WOOT! sangat cantik. ramai orang datang, tengok tengok model baru keluaran Proton tu. dia lawa kan kan kann? hee. suka.

dengan bantuan sepupu, Abang Faizal, yang juga salesman untuk Proton, dia explain lah serba serbi pasal kereta baru tu. adik bongsu, Syakir punyalah excited tengok kereta tu dekat showroom. sekejap duduk dekat driver seat, sekejap pergi belakang, tengok tu tengok ni. macam macam. gedik sangat sampai nak bunyi bunyi hon pulak. EH! itu saya, silap. bukan dia. saya. kesian mak. time tu dia dekat depan kereta, terkejut dibuatnya. eheh. sorry mommy. TERover excited pulak. :P

okay, so lepas dah raba kereta tu puas puas, abah pun isi lah segala dokumen yang perlu diisi. budak kecik Syakir tu tak habis lagi  excited dia. =.='

ehem. Abang Faizal kata, insyaAllah sebelum krismas saya dapat kereta tu. yay! tak sabar rasanya nak bawak ke hulu hilir. lama tak drive wehh.
oh by the way, time ni, saya tengah sengih besar besar. huduh rasanya nak letak gambar sendiri kat sini. buruk rupa bila tengah sengih besar besar - sebab happy sangat dapat kereta baru. haha. biarlah rahsia macam mana rupanya. :)
warna: Blue Rock.