tu laa.. mulut tak reti jaga

esok exam Fluid Mechanics. pukul 9 pagi macam biasa. kawan kawan doakan saya ye? penat dah study sampai tertonggeng tonggeng. =.=' 
________________

nak cerita something boleh? tadi, saya dan kawan kawan, Mimi Sarah & Fafa pergi turun beli makanan awal. eh, sebelum maghrib awal la jugakk. heh. then order la makanan masing masing. saya, Fafa & Sarah makan nasi. mimi makan roti canai. so ktorg pun ambil lah nasi dulu sebab roti canai tak apa, pak cik tu akan tunggu. banding dengan kedai yang jual nasi, nanti dok terpekik pekik "NASI GORENG PATTAYA SIAPPP!" erhh. baik tak payah. kesian mak cik tu kang. terkeluar anak tekak dia.

okay, so. dah lepas ambil nasi tu, ktorg semua pun jalan lah pergi ke pakcik yang jual roti canai, nak ambil roti canai yang mimi pesan. Pakcik tu cakap, "haa.. penat pakcik cari cari maneee la orang yang order tadi." tengah tengah pakcik tu bungkus, saya dengan mulut tak gheti tutup selamba pergi cakap "pakcik, tak ada extra ke?". tapi tak ada lah kuat mana. saje je main main. BETUL! saja main main jeee. then pakcik tu cakap, "eh ada ada bolehh. nah. pak cik ada banyak lagi ni." then dia buka balik bungkusan roti canai Mimi, dia bagi lagi satu roti canai. YA ALLAH! MALUNYAAAAA! >.<

memang malu yang amat sangat. rasa macam nak sorok bawah meja. dah terlompat lompat dah dekat depan tu dengan tak hirau orang lainnya, "pakcikkk... saya main main jee. tayah la tayah tayah. serious saya main main." end up, dapat satu roti canai lebih. HAHAH!
note to self: "nana, lain kali tutup mulut."

4 comments

ForWhat Mok said...

ade cite extra lagi.. haha.. pakcik kalau nmpak orang yg ...... memang pakcik bagi free jer.. hehe.. nana kah??

Nana said...

=.=' SHATAPP! hahaha

my_mie said...

nana..mcm ade yg kurang je ngan cite ko ni..tp ckp psl mlut ko lpe ke psl bju RBK 2???

Nana said...

yg tu biar. aku tak heran. haha. :D