siapa yang tak nak masuk syurga, kan?

esok paper Applied Mechanics, pukul 9 pagi. doakan saya ye kawan kawan? nervous ni. :(
________________

sekarang ini, bila tengok dekat TV, atau baca surat khabar, macam macam jenis berita ada. menakutkan. kena pukul samseng sampai parah lah, berzina sejak umur 12 tahun lah, banjir dekat sana sini, gunung merapi, ribut taufan, kes video remaja bercium lah. bunuh bunuh sana sini. itu, ini dan macam macam lagi. bila fikir fikir balik, MasyaAllah takutnya. segala apa yang tengah terjadi sekarang ini, semua petanda petanda akhir zaman. petanda petanda kecil, tak payah cakap lah. memang bersepah. petanda besar? Nauzubillah min zalik.
(baca: Tanda-tanda Kiamat)

hm. tak tahu nak kata apa dah pasal apa yang sedang berlaku sekarang. jujur saya kata, kadang kadang nak keluar rumah sorang sorang pergi kedai pun takut. takut sebab seribu satu kemungkinan boleh jadi. orang sekarang bukan boleh percaya sangat. yang muka baik tu pun kadang kadang orang jahat. ye lah, orang bila dia nak buat jahat, macam macam cara dia buat kan? Astaghfirullahalazim. 

jom hafal Surah Al-Kahf untuk elak fitnah al-Masihi ad-Dajjal. :)

No comments