si baju purple,

yay! tinggal lagi satu paper je lagi: Fluid Mechanics. paper Applied Mechanics tadi macam mana? hm. senang cerita, boleh jawab jugak lah walaupun agak susah. Ya Allah, tolong lah bagi Prof. Ir. Dr. Abdul Karim bin Mirasa lembut hati masa tanda kertas saya.
________________

rindu sangat dekat kawan kawan 1-SAW. padahal baru seminggu tak jumpa. hahah. tadi bila dah berjumpa balik semua satu kelas, macam macam benda ktorg semua sembang. waktu makan lah selalu jadi time yang terbaik untuk cerita segala benda. daripada pasal soalan final exam sampailah ke cerita latest dekat cinema. berapa jam tah duduk dekat cafe tadi. hahah.

tapi tadi ada sorang mamat baju purple ni, boleh pulak dia pergi cakap dekat ktorg semua ramai ramai yang tengah beratur ambil nasi, "eh jangan block jangan block!" PAKCIK, AWAK TAK ADA BUDI BAHASA KE? if cakap tumpang lalu kan lagi elok. awak ingat awak bagus sangat? ingat awak tu siapa nak cakap macam tu dekat ktorg? memang lepas tu kena perli lah dengan ktorg semua kann. haha. ktorg semua balas balik, cakap kuat kuat, "eh jangan block jangan block." then mimi pulak sambung, "jangan block lah!" then jua pulak, "ayam ni block aku lah." semua dok pakat balas balas balik, and ktorg sengaja cakap kuat kuat biar mamat tu dengar. reti pulak nak duduk diam ye pakcik?
rasa macam nak ajar adab sopan je dekat dia.

4 comments

ForWhat Mok said...

memang silap lah cari pasal.. haha cian si baju purple tu.. kaw kaw jer kena perli..

btw ni link yang kau mintak.. sekarang dah tak banyak baju..

http://pelanginadia.blogspot.com/

Nana said...

hahah. geram. saja tulis pasal dia. :P

oh okeng. thanks.

my_mie said...

mmg pdan mke mamat 2..cri psl ngan kte

Nana said...

tak pasal2 famous dkt blog. :P