sebab surat khabar malas beli.

budak-budak kelas Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dekat UTM International Campus, Kuala Lumpur cuma ada 28 orang je, so boleh kata, kami semua rapat. we know each other by heart. disebabkan bilangan kami yang sedikit inilah, sunyii je rasa bila kawan-kawan kebanyakannya semua dah balik ke rumah. sebab, kalau tidak, mesti semua pun kumpul ramai-ramai, makan sekali ke, saje lepak sembang-sembang ke. tapi tapi, semua pakat nak study week dekat rumah. saya nak balik jugak! tapi mak tak bagi. nak buat macam mana. dah rindu dah ni! huu.
________________

tadi buka website Harian Metro Online. saja suka-suka baca dekat sana. sebab malas nak beli surat khabar dekat Kedai MiniMart dekat bawah Blok B. jimat sikit duit, ek? haha! (kedekut betul). takdelah, bukan apa. cuma, kadang-kadang tu tak terfikir nak beli sebab kalau dekat rumah, mesti mak & abah yang akan belikan, tinggal nak baca je. so, bila benda tu tak ada, & nak kena beli sendiri pulak, ehem memang tak lahh. haha.

berita utama untuk hari ini? muka depan, perbezaan antara 2 jenis lelaki. macam langit dengan bumi. 
Kisah Pertama:
suami pijak perut isteri sampai mati. kenapa? sebab cemburu isteri minum dengan kawan. Astaghfirullahalazim! 
Kisah Kedua:
demi nak selamatkan isteri daripada disengat tebuan, si suami sanggup biarkan diri dia sendiri yang disengat, sampaikan dia sendiri terbunuh.

berita lain yang menarik perhatian saya, Daerah Kubang Pasu di Kedah banjir. Konvokesyen UUM ditunda. WHAT!? so maknanya Kolej Matrikulasi Kedah pun bajir jugak lah? Ya Allah. KMK tersayang tuu. dulu time ktorg semua, tak pernah pun jadi macam tu. kesiannn KMK. dekat Perlis pun banjir jugak. haih. tadi baru dapat panggilan daripada mak. mak cerita, dekat rumah Tok Wan tak ada apa-apa sangat sebab kawasan situ tinggi. tapi, dekat rumah Tok Chah, air dah dekat paras lutut. dekat Kangar pulak, rumah Mak Jang, air makin naik sebab air dari kawasan lain mulai surut, tapi semua air-air tu akan lalu dekat Pekan Kangar lah. i was like, "Ya Allah mak. kesiannya dorg semua. tiap-tiap tahun pun mesti banjir."

banyak saudara-mara saya berasal dari Perlis. so, boleh kata, banyak jugaklah rumah yang terkena banjir. yang duduk dekat kawasan tinggi sikit tu, Alhamdulillah lah tak kena. tapi, yang dekat kawasan rendah? hm. tiba-tiba rasa nak balik kampung pulak, pergi tengok macam mana keadaan mereka semua.
tak tahu nak kata apa.
memang terkedu terus bila baca berita ni. 

7 comments

ForWhat Mok said...

ini la gunanyer detention pond.. hahahaha

Nana said...

detention pond bunguk tuh. =.='

Afiqah said...

nana dekat area umah ku hampir banjir..huhu nak balek

Nana said...

ye kee? sedihnyaa :(
insyaAllah nnt by the time ko balik, okay la kot.

Afiqah said...

hehe mak ak ckp ok jer..blkg umah dia ngn ayh ak blh g tangkap ikan ag..ber2 plak tuh..huhu jelez2..haha

Nana said...

whoaa. ada jugak advantage ye? haha ;)

Afiqah said...

itulah pasal..dpt bersma tngkap ikan..wuhuu...