sanggul tinggi.

Alhamdulillah 2 paper sudah habis. no more English, no more TITAS. woot woot! haha. 
next mission: bunuh paper Calculus pulak. :)
________________

rindu rasanya dekat blog, bila sehari tak publish post baru. haha. hiperbola gila. somehow, im attach to blogspot. hee. saya pernah terbaca dekat Facebook pasal AMARAN RASULULLAH SAW BUAT WANITA BERSANGGUL TINGGI.. Alhamdulillah mak pernah cakap jugak dulu, "kakak jangan pakai sanggul tinggi-tinggi macam orang sekarang dok buat tu. Allah laknat tahu?". nasib baik mak beritahu awal sebab-sebab dia kenapa. sebab if tak, memang terikut-ikut jugaklah. fesyen sekarang, biasalah tu. bila sorang dah buat, semua nak ikut. 

saya pernah terbaca dalam satu buku, dipinjam dari sepupu, siap fotostat sekali. tertarik dengan tajuk buku tersebut: 30 LARANGAN BAGI WANITA, tulisan Amr bin Abdul Mun'im Salim. tak habis baca lagi, tapi bab yang pertama lagi dah cakap awal-awal: Larangan Bersanggul.

kat bawah ni saya tulis sikit-sikit petikan dari buku tu eh. tak semualah. BANYAK KOT! :)
*****

Ada larangan dari Nabi Muhammad s.a.w bagi para wanita untuk menyambung rambutnya (bersanggul). 
Dari Asma' r.a dia berkata:
"Seorang wanita datang kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk bertanya; "Ya Rasulullah, aku mempunyai seorang anak perempuan yang akan kahwin. Ia ditimpa penyakit campak sehingga rambutnya gugur. Apakah aku boleh menyambung rambutnya? Rasulullah s.a.w menjawab: Allah melaknat orang yang menyambung rambutnya dan yang meminta disambung (minta disanggul)."
(Muttafaq alaihi)

Aisyah r.a berkata:
"Ada seorang hamba perempuan dari Ansar telah menikah, tetapi ia dalam keadaan sakit, yang menyebabkan rambutnya gugur, lalu para keluarganya ingin menyambungnya. Namun, sebelum itu mereka bertanya dahulu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah mendengar pertanyaan itu, beliau melaknat orang yang menyambung rambut dan yang minta disambungkan."
(Muttafaq alaihi)

Al-Imam an-Nawawi berkata:
"Hadith-hadith di atas itu dengan jelas sekali mengharamkan sanggul dan secara mutlak orang yang menyanggul dan yang minta disanggul akan dilaknat."
(Syarah Shahih Muslim lin-Nawawi, 4/834)

Menurut kami, pekerjaan sanggul-menyanggul merupakan dosa besar (al-Kabair), kerana ada yang menunjukkan atas terlaknatnya orang yang memakainya. Namun sungguh sangat menyedihkan bahawa perbuatan yang jelas dilarang ini justeru banyak dilakukan oleh para muslimah dengan berdalih untuk memperhias kecantikan. Padahal bersolek dan menghias kecantikan itu jika untuk selain suami, maka hukumnya haram, kerana ada larangan bagi wanita untuk tida memperlihatkan atau mempertontonkan kecantikannya di depan para lelaki. Maka wanita tidak boleh bersolek dan menghias diri kecuali untuk menyenangkan suami, namun kemudian melakukan hal-hal yang diharamkan dan dilarang oleh Allah s.w.t.

Wahai para muslimah sekalian!
Wasiat Nabi s.a.w ini merupakan salah satu dari sekian banyak wasiat yang justeru para wanita sekarang banyak yang melakukannya secara berlebih-lebihan. Beberapa banyak wanita yang menggunakan apa yang disebut barukah. Sementara dia tidak tahu bahawa hal itu bertentangan dengan perintah Nabi s.a.w. Padahal Allah s.w.t. telah memperingatkan kita agar tidak mengalahi Rasulullah s.a.w. dalam firmanNya:

"...maka hendaknya orang-orang yang menyalahi perintah-Nya, takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih."
(an-Nur: 63)

Adakah engkau juga takut kepada azab Allah s.w.t wahai para muslimah? Kalau memang begitu dan inilah yang kita harapkan, maka tidak ada pilihan lain kecuali kembali kepada perintah Nabi s.a.w. Maka marilah kita selalu mentaati Allah dan Rasul-Nya, hingga kita dapat keuntungan syurga-Nya.

Perkataan Sa'id al-Muqbiri: "Menambah sebahagian rambut yang bukan bahagian dari kepalanya", menerangkan secara teran kepada kita kejelasan hukum tentang sesuatu yang sekarang disebut barukah. Beliau menyebut sebagai zur (kepalsuan). Dan beliau melaknat orang yang menggunakan dan mengenakannya.

Al-Washilah (menyambung rambut) adalah orang yang menyambung rambutnya dengan rambut lain (palsu).
Al-Mustaushilah (yang minta disambungkan) adalah wanita yang meminta orang lain untuk menyambungkan rambutnya. 

Kedua-duanya itu termasuk orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam hadith di bawah ini:
"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan wanita yang meminta agar rambutnya disambung."

Isnadnya (hadith di atas) adalah Shahih, ditakrij oleh Imam Bukhari; 7/212, Muslim; 14/104, an-Nasa'i; 8/146, semuanya dari Aisyah. Imam Bukhari juga mentakrijnya; 7/212, dari hadith Abu Hurairah. Dari jalan Asma' binti Abu Bakar ditakhrij oleh Bukhari; 7/212, Muslim; 14/202. an-Nasa'i, 8/145, Ibnu Majah, hadith nombor 1988 ada pula yang ditakhrij dari jalan Ibnu Umar.

Imam an-Nawawi r.a berkata dalam hadith ini, terkandung pengertian bahawa menyambung rambut termasuk maksiat yang besar, kerana adanya laknat bagi orang yang melakukannya. Di dalamnya juga terkandung pengertian bahawa orang yang membantu hal tersebut, juga ikut mendapat dosa pelakunya, sebagaimana orang yang membantu ketaatan akan mendapat pahalanya pula.
tak payah nak ikut trend sangat pun tak apa.
kan?

5 comments

BLADE EDGE said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

kan elok kalo pakai tudung terus tanpa perlu sibuk2 pakai rambut palsu..bukankah Islam itu mudah? pakailah tudung sbg mana yg telah diperintahkan oelh syariat. org2 yg cipta trend tu belum tentunya ikut/faham syariat dgn jelas..

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

regards,
BLADE EDGE

apek poyo said...

ini kan trend wanita skrg..segala punca dtg dari artis..zaman skrg artis merupakan ikutan..sanggup kutuk nabi sendiri
bila dah manusia mengagungkan sesama manusia..ni la jadi eh..
dah nak akhir zaman la katokan..salam ziarah...bgs bg peringatan kat diorg...ekekekek

Nana said...

blade edge: terima kasih sudi lawat blog :) rajin2 singgah la lagi. haha.

apek: thanks :)
pegi buat keje balik! haha. curi tulangg je :P

Anonymous said...

apa maksud dia bersanggul dalam teks ni? does it mean hair extentions and wigs? sebab apa yang saya faham, bersanggul is when we tie our hair like a bun. kalau rambut kita sendiri diikat dan pakai tudung takkan salah kot?

just curious.

Nana said...

bersanggul maksudnya, yes tie it like a bun, tp ikat rambut tinggi2. so bila pakai tudung, nampak macam bonggol dekat kepala. yg tu yang diharamkan sebenarnya. if u wanna tie ur hair boleh je, tapi jgn lah sampai nampak bonjol or bonggol or wtv. :)