round-about boleh teleport!

duit daripada online shopping hari tu dah di-refund balik. kan betul, last last sekali refund duit. hmpfh. alasan? benda tu tak boleh dihantar sebab dorg sibuk busy. janji tak nak beli dah dekat situ lagi.
________________

tiba tiba teringat zaman kecik kecik dulu. bila fikir fikir balik, rasa macam nak gelak pun ada. saya pernah ada satu isu dengan round-about. yes, ROUND-ABOUT. disebabkan dulu mak and abah selalu bawak pergi jalan jalan, so, banyak kali jugak lah terserempak dengan round-about kan? haha. semua orang pun confirm confirm lah tahu round-about tu apa. kan kann? so nak dijadikan cerita, dulu saya pernah terfikir yang if kita pusing round-about itu lebih dari sekali, kita akan pergi tempat lain serta-merta. konon macam teleport lah. HAHAHAHA! bengong gila rasa bila fikir fikir balik. dah lah tak tau, tapi takmau tanya dekat mak atau abah or sesiapa yang tau. simpannn lah benda tu sampai boleh fikir sendiri secara logik. bayangkan, for like how many years dok pendam benda tu sorang sorang? hahah.

bila bagitahu mak, dia gelak kaw kaw! cheit. =.='
konon berimaginasi tinggi.

No comments