pengantin baru terjun longkang

semalam mak letak phone dekat mulut Garfield. cakap "Hello Garfield!" dekat dia, then macam macam dia membebel! meow sana meow sini. kadang kadang tu dengar bunyi macam baby menangis. HAHAHAHA. mengadu apa entah? tak ada orang nak layan, suap dia makan dah kot. hahah. Garfield, kakak tak paham lahh. cuba cakap Bahasa Melayu?
________________

boleh pulak siang siang tadi ada orang pasang lagu Selamat Pengantin Baru? siapa yang pergi pasang tu? hahaha. lawak. dengar bunyi macam dari tingkat atas. tingkat atas semua senior senior. woosh. kuat kot! dah tak sabar sabar yeh? serious tadi dah tergelak sorang sorang dekat dalam bilik ni. haha. kalau ye pun dah tak sabar sangat, tak payah lah pasang kuat kuat sampai dengar satu blok. relax lah kak. ;)

saya terfikir jugak, kalau nak kahwin kan, perlu ke buat dekat masjid? i mean, akad nikahnya tu. mesti di masjid ke? setahu saya lah, Islam tak pernah suruh or cakap macam tu. kan? (correct me if im wrong) tapi kan, kenapa sekarang ni ramai betul orang buat akad nikah di masjid. masjid tu kan tempat beribadah yang khusus, iaitu tempat solat bagi orang Islam. bukan untuk bernikah. dah jadi macam orang Kristian pulak. nak kahwin je, kena pergi church, jumpa paderi, made vows lah, i do we do, you may kiss the bride lah whatever semua, lepas tu keluar muka sengih besar besar. perlu ke umat Islam pun kalau nak kahwin, pergi ke masjid untuk akad nikah? rasanya tak kot. buat dekat rumah pun dah cukup. asalkan ada rukun nikah & segala yang perlu, dah elok dah kan? Islam kan agama yang mudah. kita je yang buat benda tu jadi susah.

(gambar: carian google)

tidak ada kaitan dengan yang masih hidup
 ataupun yang sudah meninggal dunia.

2 comments

an nur said...

saye p0n xsabar nak kawen! nanti jmput2 la datang uma eh.. hehehe..

Nana said...

haha. gatai :P