lebih setia dari setia

"ku mahu kau tahu, engkaulah destinasiku, dalam ingatanku."
hee. nyanyi untuk si jantung hati sekejap. ceyy kunun!
________________

hari ini saya bakal pulang ke rumah. wuhahaha. happy gila! dah penat stress sorang-sorang dekat kolej, petang tadi mak call, tanya nak balik rumah sekejap tak? woot woot! ni yang sayang mak lebih ni. dengar je. itulah kuasa seorang ibu. tahu je apa yang anak dia fikir. hee. 

tak sabar nak balik rumah. nak jumpa mak. nak jumpa adik, Syakir. nak jumpa si gemok, Garfield. nak jumpa si manja, Ginger. abah tak ada, balik kampung. jap japp. warghh! rindu Garfield dan Ginger! Garfield tu sah sah lah nanti bila balik, confirm dia suruh suapkan makan. MENGADA! ikan dah tergolek depan mata pun dia pandang muka kita suruh suap dekat mulut dia. =.='
atas: Garfield yg gemok & malas!

bawah: Ginger yg innocent & manja.
tapi sebab itulah mereka sangat istimewa. sayangg lah!

No comments