nak ayam tak?

bilik masih bersepah dengan barang barang yang dibawa pulang dari kolej. bila nak kemas ni? tak tahu nak start dari mana!
________________

tadi pergi kenduri. ye, kenduri. kenduri orang kahwin. kawan lama mak punya anak yang bernikah. so untuk memenuhi undangan, ktorg semua pun pergi lah. sekarang tengah tak ada mood nak melawa, so tiada gambar sendiri untuk post ini. haha. even mak pun cakap, "kakak! tudung out gila." T_T biarlah makk. tak ada orang nak tengok pun. malas. i dont care about how i look kadang kadang. betul. :)

okay so. yang nak dijadikan cerita, time dalam kereta ktorg semua bersembang lah macam macam. ada keluar pasal hal Garfield & Ginger, ada keluar pasal nak tengok Harry Potter isnin ni (WOOT WOOT!), ada sembang pasal wedding jugak. APA?! nak buat kenduri kahwin kakak dekat Golden Horses mak? dush. haha. okay tak lawak. mimpi lah nana! hm. tadi mak cakap, rugi je buat bunga telur banyak banyak macam ni, nanti orang buang jugak, dengan beg kertas lagi. dengan itu dengan ini. "kakak tak payah buat macam ni semua lah kakak. untuk kakak punya nanti bagi kek je," kata mak. erk! gaya macam dah nak kahwin tahun depan je. haha.

kan mak kata bagi kek saja kan? okay so abah pulak sambung, "patut tak payah la buat bunga telur semua tu. bagi je telur sorang sebiji." lepas tu mak bersembang dengan abah pasal telur telur semua ni. then tiba tiba si Syakir menyampuk: "alaa. tak payah! nanti bagi seekor ayam je dekat setiap tetamu." WAKAKAKAKA! ktorg semua gelak kaw kaw punya. 

naif sungguh pemikiranmu wahai adikku sayang. nak bagi seekor ayam hidup hidup dekat tetamu ye?

dapatkan hadiah perkahwinan terbaru: seekor ayam.
BESAR PUNYA! terbaekkk. 

2 comments

miraDarla said...

nana,nana..aq da tgk da HP..hee :P

Nana said...

gedik la mira. hahah. nanti aku g tengok jugakkk :D