nak mata biru boleh?

teman sebilik ke Masjid Jamek hari ini. nak keluar beli barang katanya. kawan-kawan yang lain semua balik ke rumah. habis tu, nak buat apa sorang-sorang?! wuu. nasib baik Fafa ada. roommate dia pun balik ke rumah. merempat di bilik dia sekejap. (macam lama je. sampai malam la jawabnya.)
________________

sebelum ni, ramai orang tanya "nana, you mix chinese ke?". ada orang sampai keliru kadang-kadang bila terserempak, dia ingat cina betul. pernah dulu, pergi kedai nak beli handbag, tengah testing-testing beg ni, dia boleh membebel something dalam bahasa mandarin. & i was like, "huh?!" (time tu my mandarin memang satu di bawah par.) bila orang tu paham yang pelanggan dia ni sebenarnya tak paham, dia cakap, "over there got mirror." hahaha. 

kalau nak diceritakan, memang banyak lah pengalaman berkaitan benda-benda ni. orang selalu keliru. is it my eyes yg ke-cina-an? my face? my skin? tapi, kebanyakan kata disebabkan mata. dah sepet. nak buat macam mana. ni datang dari keturunan sebelah abah. katanya, dari moyang. semuanya jenis macam itu. :)

kalau sebelah mak pulak, dulu mak cerita, datuk mak kot, kee sape entah, ada arab-arab sikit. sebab tu mereka semua ada yang sesetengah muka macam arab-arab. tinggi pun melalung saja. haha.
rindu rasanya dekat bahasa mandarin yang dah lama ditinggalkan.

No comments