memang sahlah orang itu perempuan!

sila rujuk post: TOLONGGG! ; the BEST day today ; mereka kata perempuan, saya kata tak tau.

pegi Bank Islam petang tadi. nak renew ATM Card lah. since yang dulu punya dah diblock, sebab.. dicuri? tetapi, lepas tu, dipulangkan semula. dipulangkan. DIPULANGKAN!

ikuti perbualan di bawah antara saya & pekerja Bank Islam:

me: saya nak buat ATM Card yang baru. guna IC sementara boleh tak? IC baru tak siap lagi la.
her: boleh boleh. IC sementara pun boleh guna.
me: oh tapi saya ada kad yang lama tu punya. boleh unlock ke?
her: unlock? ini rosak ke atau adik block?
me: tak. saya dah block dah. sebab haritu kena curi. then now saya nak buat baru la.
her: kena curi? tapi dapat balik?
me: ha. tu lah. orang tu curi, tapi benda-benda macam kad saya, semua dia bagi balik. duit dia amek!
her: ohh. duit dia amek, yang lain bagi balik? berhati mulia betul orang tu eh?
me: hmpfh. tu la pasal..

so, done with my Bank Islam ATM Card. at home, belek la my new MPH member card, since baru buat. haha. beli buku tadi kann. (rujuk post: hobi sejak kecil) nak letak la kad baru tu dalam beg duit, then tiba-tiba terfikir, "eh! nak letak sekali dengan member card VOIR lah." penat cari, selongkar, gali, korek, satu beg duit tu, kad VOIR masih tidak kelihatan. mana pergi ni? cari sampai lebih 3 kali. takut kot-kot lahhh mata tak bukak besar-besar kee. hm. 

memang sah! kad VOIR tidak ada dalam beg duit. mana pergi? baru teringat, time dapat bungkusan haritu, kad itu memang missing. memang tak ada. seperti dalam gambar dekat previous post ni;

see. mana ada kad VOIR. haih. sedihnya! 
kenapa dia amek my VOIR card? hish. nak shopping ada discount la tu! guna orang punya. buat sendiri tak boleh ke makcik? ha. :(
& yes, now i agreed that, bila dorg cakap, yang mencuri ini, adalah perempuan. bukti dah jelas, terang dan nyata - tulisan dekat sampul, mencuri & bagi balik, kad VOIR dia amek.

terima kasihlah banyak-banyak ye awak.
Tuhan je yang akan balas jasa awak tu.

No comments