ke Bukit Gasing

tengah hari nanti pergi Open House di Kelab Golf Diraja Selangor? err. ye ke? haha. entahlahh. tapi lebih kurang macam tu la bunyinya. Kelab Golf something something.. abah got an invitation from a friend kot. err. yang tu pun tak tau. haha. yang penting, MAKAN! hee.
__________________

wuih! sangat penat. baru balik dari Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. abah saja ajak ktorg semua naik bukit. memang dah selalu buat dah dulu, tapi makin lama makin jarang. since everyone is soooo busy. so now, buat balik aktiviti lama. :)

bangun pagi tadi, agak merungut jugak lah. mengantuk lagi. tidur pukul 3 pagi. *heh!* 
tapi abah suruh bangun jugak. "kita nak naik bukit ni kakak. kakak kena practice la minggu depan nak naik bukit lagi kan?". huu. ye abah. 

dekat sana, ramaii orang. even anjing pun ada jugak. haha. dorg pun nak rasa jugak masuk hutan. agaga. comel je ragam dorg. ada yang penat, minum air. ada tu, semangat lebih, mengalahkan tuan dia. hitam, putih, coklat, semua warna ada. 

masa tengah mendaki tu, abah kept on saying, "ini bagus la untuk kakak. boleh practice. nanti nak naik bukit." and he said it over and over again until i lost count. haha. he even said minggu depan dia nak join my trip dengan UTM naik Gunung Senyum, Pahang. haha. abah cakapp, dia nak join sebagai ex-student UTM KL jugak. ahaha. abah sungguh bersemangat! :P

hmm.. senang cerita, naik Bukit Gasing ni boleh kata agak mencabar. walaupun abah cakap, "ini tak ada apa ni. rendah je." =.=' 
ye abah. kakak tau abah pernah naik Gunung Everest, tapi jangan la seksa ktorg semua ni. haha. abah ajak naik Gunung Angsi (ehh.. ke Bukit Angsi? entah!) untuk practice before nak naik ke Gunung Kinabalu. ABAH AJAK NAIK GUNUNG KINABALU! warghh. boleh mati wooo. ahaha. mak pun semangat sungguh padahal tadi berapa kali dia stop. agaga. xD

jalan untuk mendaki dekat sini pun, boleh tahan jugak. sesak nafas jugak lah if tak ada stamina. kesian  si adik bongsu, Syakir, dia dah lah selesema, batuk, baru lepas makan ubat pagi tadi, kena naik bukit dah. apa lagi, lembik la dia. haha. tapi dia gagahkan jugak. tu pun, banyak stop jugak. mak cakap, dia dah complaint macam-macam dah. "adik penat lah mak!" "jauh lagi ke ni?" "adik tak larat lah." "kaki adik dah lembik dah ni." 
haha. oh adik kakak.. :)

hm. all in all, this is a good practice. and i enjoyed it very much. thank you abah, for taking me, i mean, us, ke sana. penat bila memikirkan 16th & 17th ni naik Gunung Senyum pulak. haih. walaupun pernah pergi dah, but still.. =.='

next stop, PAHANG!

No comments