membebel panjang pulak

Ya Allah Ya Tuhanku, tabahkanlah hatiku mengharungi hari-hari yang bakal tiba. kurniakanlah aku kekuatan & kesabaran untuk menghadapi dugaan & cabaran yang telah Engkau aturkan untukku, Ya Allah. sesungguhnya aku tahu bahawa semua yang Engkau berikan adalah yang terbaik untuk diriku. berikan aku petunjuk untuk ke jalan yang benar. kerana sesungguhnya aku hanyalah hambamu yang lemah. Astagfirullahalazim.

__________

serious sejak kebelakangan ni, rasa rinduuu sangat-sangat dekat kawan-kawan time kat Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun, Kedah dulu. Alang, Shida, Sal, Ana, Wana, Ilah, Mira, Dyana & yang lain. sampai kadang-kadang boleh menangis. sebab terlalu fikirkan pasal dorg. terlalu rindukan dorg. kalaulah. kalaulah boleh diundurkan masa, nak je kembali ke masa kat matrik. serious rindu dekat semua. even dekat bangunan matrik kedah tu sendiri. haha.

oh. && dekat sekolah tersayang, SMK USJ 4 juga. rinduu zaman sekolah. zaman di mana saya masih lagi budak hingusan mentah, yang boleh kata, tak tau apa² or tak ambil kisah pun pasal dunia. i mean, apa yang penting time tu, kawan-kawan. & siapa lebih popular daripada siapa. semua pun lumba-lumba nak ada boyfriend. nak jadi lebih lawa, lebih cantik dari kawan-kawan yang lain. *biasalahh. budak perempuan! haha.*

bila difikirkan balik, terasa kejahilan diri. haha. tapi itulah proses pembesaran kan? daripada tak tau apa-apa. sekarang dah tau dah. *takde la tau segala benda. tapi, tak lah sejahil dulu kot? haha.*
pemikiran pun dah semakin matang. *kononnya lahh! haha.*
gaya percakapan, *YE KEE?!*
gaya pemakaian. *yang ni confirm. ahaha.*
semuanyalahhh. semua dah berubah dah.

macam tadi, first time pergi bazaar depan rumah. dekat USJ4. sebab selama ni, duduk dekat Kolej Siswa Jaya, UTM KL je. if balik rumah pun, mak dah belikan dah juadah berbuka. so, tak berkesempatan untuk pergi. tapi tadi bila dapat peluang, wahh. memang tak lepaskan lah. because i know, dekat sana mesti akan jumpa kawan² or even juniors or seniors dekat sekolah dulu.

tengok², betul. jumpa farah, jeswena, aina, rabiatul, nizar & byk lagi lah. lupa pulak. hm. but, semua pun familiar faces. ye lahh. semua pun tinggal dekat² sini je. Subang Jaya tak besar mana pun. boleh kenal muka semua orang. *hiperbola gila!  hahah.*

bila tengok each & every one of my friends tadi, wahh. banyaknya yang dah berubah pada mereka. dah macam orang besar dah. :')
even adik² junior, kadang² ada sampai tak kenal. EH!? dia kee? lahhh. tak kenal! betapa dia dah membesar. dah tak pendek/kecik macam dulu lagi dah. muka pun dah handsome/cantik. weewit! dah pandai bergaya. ;)

entah kenapa, rasa emotional sangat bila tengok or fikirkan pasal ni. sebabnya? tak tau lah macam mana nak cakap. even dekat rumah pun, saya ada adik kecik. Darjah 6, sekolah dekat SK Seri Selangor. dia semangat bagitahu tadi yang dia nak mohon untuk sekolah asrama tingkatan 1 nanti. wahh. adik kakak dah besar rupanya! rasa macam baru semalam kita gurau², main lego sama-sama. sekarang suara dia pun dah besar. :')

*bergenang air mata.*
jujur, setiap kali lintas jalan, saya mesti akan pegang tangan dia.
jujur, setiap kali ktorg keluar together, jalan seiringan, saya akan biarkan dia jalan di sebelah dalam jalan & saya akan jalan di sebelah luar. supaya, kalau ada apa-apa jadi, biar saya yang kena dulu & bukan dia.
jujur, setiap kali dia pergi tuisyen belakang rumah dengan berjalan kaki, rasa macam nak ikut tolong hantarkan. risau sangat.
jujur, setiap kali kakak balik ke rumah setiap hari minggu, kakak rinduu sangat dekat adik.
jujur, kakak sayangg adik sangat².
dengan siapa lagi kakak nak bagi kasih sayang kalau bukan dekat adik sendiri?

kepada abang di Moscow, Russia & adik ariff di MRSM Pontian, Johor, saya sayangg kalian berdua juga. koranglah tempat mengadu. tempat bergaduh. tempat nak berebut barang. tempat nak kongsi segala benda. tempat nak bergelak ketawa. rinduu sangat dekat korg dua. baliklah cepat. :/

entah kenapa, rasa emotional sangat pukul 4pagi ni. haha. habis lahh bangun sahur kejap lagi. mata bengkak, tidur pun entah kemana. LAGI la bengkak! pagi ni, entah apa plan mak.
kita nak kemana harini mak? haha.

i love my family too much. :)
oh. & of course, kawan-kawan juga.

2 comments

LORD ZARA 札拉 said...

Tersentuh bila baca.
:/

Rindu kawan2 matrik juga. KMJ is such a wonderful place. Kawan2 UTM Skudai, haish. Tahun ni dah 2 tahun tak dapat berpuasa, berbuka dengan mereka2 semua.

Dah 2 tahun kembali buat semuanya dengan family. Baik, benda baik cuma ada kadang2 rasa kosong yang amat.

Alahai.
Tapi tak mengapa, kamu masih boleh jumpa kawan2 kan?
Jaga diri baik2~

^^

Nana said...

aww. thanks kak zara.
mwah mwahh ;)