confused

duhai bintang-bintang di langit,
ceritakanlah kepadaku,
mengapa semua ini terjadi?
mengapa ia berlaku sekarang?
di saat aku tidak tegar untuk menerimanya.

aku keliru. keliru yang amat sangat.
jalan mana yang harus aku pilih?
katakan padaku wahai bintang.
aku inginkan pertolonganmu.
aku tidak mahu tersilap langkah.

hati ini mengatakan begitu,
tetapi mereka mengatakan yang lain.
hati ini mahukan yang itu,
tetapi mereka memberikan yang lain.
mengapa?

haruskah aku menunggu?
menunggu jawapan yang tidak pasti?
berapa lama lagi?
berapa lama lagi?

No comments