DCCK

well i found this article in the local newspaper recently.
its very interesting, TO ME. i learned something new from it, seriously.
& i just wanted to share. thats all. no hidden meanings.
& its in BM. so, yeah. local BM newspaper. :)


Dalam banyak-banyak emel yang diterima sepanjang bulan Mei lalu, penulis tertarik hati untuk mengulang membaca dua emel ini. Pertama daripada Aziz, diterima awal Mei lalu. Isinya menarik dan saya ketepikan dulu. Mungkin boleh dijadikan mukadimah kepada emel yang lain. Kerana tipnya boleh diguna pakai.

Setelah beberapa minggu berlalu, penulis terima satu lagi emel daripada Neeza rasanya ia juga berbentuk nasihat. Setelah ditelek rasanya kedua-dua emel ini sesuai untuk dijodohkan.

Mungkin ia boleh memberi panduan kepada kira semua khususnya kepada kaum wanita dan suami yang sedang menghadapi masalah. Mungkin setelah membacanya walaupun secara sembunyi ia mungkin boleh mengubah pandangan anda kepada pasangan anda yang selama ini anda kurang fahami.

Pandangan mereka memang baik, mungkin anda boleh mengutip sedikit sebanyak tip dan panduan diberikan iaitu bagaimana menguruskan suami atau isteri dengan baik mengikut pengalaman mereka.

Saya mulakan emel Aziz, katanya. "Kak Mona orang lelaki memang tak suka bercakap tetapi kalau mereka kena perli (hina) dia akan lawan. Sebelum melawan dia kena fikir dulu, kalau dia putuskan lawan, dia akan lawan sampai menang ataupun orang perempuan mereka tak mahu kalah. Wanita kalau marah dia cakap dulu, salah betul dia tak kira, dah lepas cakap baru fikir, kalau salah baru menyesal, selalunya dah terlajak cakap & tak boleh nak tarik balik. Lelaki pula kalau ada masalah atau marah dia akan diam, dia akan fikir apa nak buat, apa nak cakap dulu, dia akan ambil keputusan untuk membuat keputusan. Kalau tak jadi betul baru dia ambil keputusan untuk betulkan. Itu bezanya otak lelaki dengan otak perempuan."

"sebenarnya lelaki pun banyak membaca DCCK kalau puan nak tahu, mereka baca senyap-senyap, tetapi mereka tak kuasa (malas) nak tulis. Kerana kami anggap ruangan ini khas untuk wanita lepaskan senyap tension. Lagi pun kita faham sangat perangai wanita kalu dilarang bercakap apa yang dia tak puas hati, dia akan tension. Jadi bagi dia bercakap barulah dia rasa lega & boleh berbincang dengan baik kemudian. Sebenarnya Kak Mona isu rumahtangga yang dibincangkan setiap minggu ini memang baik, kalau dikaji hampir kesemuanya timbul atau terbit dari perbezaan makna. Wanita kalau bercakap dia hendak orang setuju dengan dia. Lelaki pula kalau dia bercakap dia fikir dia saja yang betul dan dia hendak orang akur dan ikut cakap dia.

"Wanita kalau dia tertekan dia mesti cakap apa saja yang dia terfikir, lepas cakap baru dia boleh berfikir. Tetapi orang lelaki kalau dia bermasalah dia akan diam berfikir untuk mencari keputusan dan seterusnya tindakan, kalau masalahnya besar, misalnya dia tak dapat membuat isterinya gembira, tak cukup duit, tak dapat beli barang kemas isteri, dia akan diam selama-lamanya. Diam orang lelaki inilah yang isteri-isteri susah nak faham. Sementara dia berfikir masalah tersebut, dia akan kelihatan macam tiada mahu mengambil sebarang daya usaha, malas atau kata budak sekarang buat dek aja dan sebagainya, untuk kebaikan rumahtangganya. Tetapi sebenarnya dia sedang memikirkan apakah tindakan yang terbaik untuk dia ambil termasuk bercerai kalau itu dia rasakan boleh menggembirakan hati isterinya.

"Oleh kerana itu kepada wanita yang menghadapi keadaan suami seperti ini tolonglah fahami masalah suami anda, lihat keadaannya apakah dia sedang berfikir atau sebaliknya. Cuba letakkan diri anda dalam dirinya. Lagi penting maafkanlah dia kalau berbuat sesuatu yang anda tak suka seperti lambat balik, terlupa beli benda-benda yang anda pesan misalnya susu anak dan sebagainya, kerana dia sedang berfikir dan tidak dapat berfikir benda-benda lain. Seperkara lagi saya suka mengingatkan kepada kaum wanita sekalian, jangan cuba bersikap atau melihatkan bahawa suami anda telah gagal membahagiakan anda. Kalau dia berfikir dia tidak dapat membahagiakan anda maka dia akan merasakan bahawa dirinya sudah tidak berguna lagi, malu dan malas untuk terus bertanggungjawab. Akhirnya anda juga yang akan mencari kalan untuk berpisah, kerang malas nak bertanggungjawab kepadanya lagi.

"Carilah kawan-kawan peremppuan yang anda rasa anda boleh percaya dan bukan jenis yang suka bercerita kepada orang lain. Kerana masalahnya nanti anda akan terikat dengan bercerita sepanjang masa dan cuba menafikan apa juga cerita yang mereka telah tahu tentang anda dan cuba mendapatkan pengesahan daripada anda. Risiko jika anda bercerita dengan kaum lelaki pula, mungkin anda akan cepat jatuh hati kepada kepura-puraannya yang kononnya amat bersimpati dengan nasib anda, sedangkan yang sebenarnya dia ingin memikat anda bukan dengan tujuan baik, tetapi sebaliknya.

"Langkah terbaik cubalah berlatih supaya anda kelihatan ceria di depan suami, jangan bercerita tentang masalah ketika dia sedang diam kerana orang lelaki ini cuma boleh fikir satu masalah sahaja dalam satu masa. Selamat mencuba."
Demikian tip Aziz bagaimana menjaga hati suami anda supaya fikirannya tidak terganggu.

-
there's more actually. but its wayyyyy to long for me to write the whole thing, so i've decided to just copy half of the article. so, about that Neeza person thingy, i'll pass. maybe next time.
thx for reading. feel free to leave your commentos down here. thx again ;)

No comments